CODING CODE

Info SKLB


SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Lubok Buntar bermula dengan namanya Sekolah Melayu Lubok Buntar.Dibina dalam tahun 1926, Sekolah Melayu Lubok Buntar merupakan sebuah bangunan batu dua tingkat dengan tingkapnya diperbuat daripada anyaman bertam yang berbingkai kayu.

Sekolah Melayu Lubok Buntar dibuka pada tahun 1927 dengan stafnya seramai empat orang, seorang Guru Besar dan tiga orang guru penolong. Guru besarnya ialah Encik Ayub bin Haji Mat Akib berkelulusan dari Teacher’s College, Malacca sementara guru-guru yang lain adalah guru-guru tanpa latihan (untrained). Mereka ialah Encik Puteh bin Mohd Shariff, Tuan Haji Noh bin Penghulu Jusoh dan Encik Saad bin Ahmad.

Semasa Sekolah Melayu Lubok Buntar dibuka, murid-muridnya terdiri daripada murid-murid lelaki dan perempuan.Tetapi pada tahun kedua (1928), murid-murid perempuan terpaksa diberhentikan persekolahan mereka kerana tidk dibenarkan bersama-sama belajar dengan murid-murid lelaki. Perkara ini berlaku setelah sekolah ini dilawati oleh seorang Ulamak (Syaikul Islam) Kedah yang bernama Wan Sulaiman.Beliaulah yang membuat bantahan tentang perkara tersebut (system co-ed). Menurutnya, murid-murid perempuan hanya boleh belajar semula setelah ada guru perempuan yang mengajar mereka.
Apabila sekolah ini mula dibuka, ia hanya ada tiga kelas ‘0’ (sifar). Mengikut system persekolahan pada masa itu, hanya murid-murid yang lulus dinaikkan darjah iaitu ke Darjah Satu dan seterusnya. Murid-murid yang tidak lulus dikekalkan di kelas  0 dan seterusnya.

Tiada had umur untuk memasuki sekolah pada masa itu. Oleh itu, tidak hairanlah ada murid-murid yang berumur 6 tahun, 7 tahun bahkan yang berumur sebelas tahun dalam kelas 0.

Dalam tahun 1930, Sekolah Melayu Lubok Buntar dibekalkan dengan dua orang guru tambahan. Mereka ialah Encik Arof bin Saad dan Encik Mohamad bin Mat Saman. Pada masa itu telah ada enam kelas iaitu Kelas 0 hingga Darjah Lima.

Mulai tahun 1929, waktu persekolahan terbahagi kepada dua sesi iaitu dari jam 7.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dari 2.00 petang hingga 4.00 petang.Sesi petang ialah untuk Kelas Quran Tajuwid dan Fardhu Ain. Guru-guru yang mengajar pada sesi petang ialah Encik Yusof, Encik Khalid dan Encik Nasir.
Begitulah perjalanan Sekolah Melayu Lubok Buntar sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941.

Pada tahun 1935 apabila Guru Besar yang pertama, Encik Ayub bin Haji Mat Akib bersara, beliau digantikan oleh Guru Besar kedua, Encik Mat Din bin Mat.

Semasa pemerintahan Jepun, sekolah ini dijadikan markas sementara tentera Jepun untuk beberapa bulan. Pada akhir tahun 1942, Sekolah Melayu Lubok Buntar dibuka semula.

Nama sekolah-sekolah di Tanah Melayu/Malaysia bertukar dari masa ke semasa. Begitu jugalah dengan sekolah ini; dari sekolah Melayu Lubok Buntar kepada Sekolah Umum Lubok Buntar dan seterusnya selepas kemerdekaan kepada Sekolah Kebangsaan Lubok Buntar.

Pada masa sekarang, Sekolah Kebangsaan Lubok Buntar yang terdiri dari Bangunan Asal dan tiga bangunan yang lain berdiri megah di pekan Lubok Buntar yang warganya  terdiri dari seorang Guru Besar, 3 orang Penolong Kanan, 31 orang  Guru Penolong, 3 orang staff sokongan dan 435 orang murid.

*^*^^*^*^^^*^^^*^^^*^*^*^^*^*^**^*^*^*^*^^*^*^^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^^



VISI, MISI DAN KEBERHASILAN 2012






^*^*^*^*^^*^*^^*^*^*^*^^^^^*^*^*^**^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*


LAGU SEKOLAH




Harum berjasa telah dizahir
SK Lubok Buntar nama terukir
Gemerlap bintang berjasa dilahir
Doa sejahtera meniti di bibir

Azam gurunya tertanam teguh
Mendidik bangsa kuat dan kukuh
Terpahat jasa namamu ampuh
Budi bernilai emas disepuh

Rajin maju jaya
Azam kami semua
Warisi tanah tercinta
Bela agama nusa bangsa

Kasih rangtua tiada terhitung
Budimu guru tetap disanjung
Tekad semanagat yang kami junjung
SK Lubok Buntar tempat berpayung

Ciptaan dan lirik :-

Mohd Shahril & hanita


^*^^^*^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^^^*^**^^^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^

Lokosi Sekolah



^*^*^*^*^^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^^*^*^*^^^*^*^^^^^^^^*^*^*^*

SENARAI NAMA SEMUA MURID TAHUN 2012 klik di sini

1 comment: