HARI :SABTU DAN AHAD
TARIKH : 16 DAN 17 JUN 2012
TEMPAT : PANTAI MERDEKA
PENGLIBATAN : MURID TAHUN 6
PENGENALANProgram ini telah oleh pentadbir untuk dilaksanakan oleh AJK Peningkatan Akademik & AJK Tahun 6. Program ini sebagai satu lagi langkah pihak sekolah dalam membantu murid-murid tahun 6 yang juga merupakan calon UPSR 2012 memantapkan persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang bakal ditempohi pada September nanti.
RASIONAL
Pihak SKLB merasakan perlu untuk melibatkan beberapa pihak dalam menjayakan program ini. Selain dapat hasil yang lebih mantap, program juga akan mengeratkan hubungan antara pihak-pihak terlibat seperti pihak sekolah, murid dan komuniti. Dalam memenuhi hasrat murni ini, jawatankuasa telah menghubungi Pihak Pantai Merdeka Resort, Kuala Muda, Kedah. Premis ini dipilih untuk memberi pengalaman suasana yang lain dari sekolah dan tempat tinggal murid yang kebanyakan adalah dari keluarga berpendapatan sederhana dan rendah.
MATLAMAT
Memberi pendedahan kepada calon UPSR kepada pengalaman-pengalaman jati diri, berdikari dan memantapkan kemahiran belajar dan Teknik Menjawab Soalan dengan lebih baik mengikut skema dan format terkini yang ditetapkan oleh LPM.
OBJEKTIF
- Melonjakkan peningkatan kualiti dan kuantiti bagi semua mata pelajaran dalam UPSR 2012
- Meminimumkan pencapaian Aras Minima dalam UPSR 2012
- Meminimumkan Gagal Silang dalam UPSR 2012
- Mengeratkan silaturrahim dalam komuniti.
- meransang kesedaran pentingnya sikap bersungguh-sungguh dalam pelajaran di kalangan murid-murid
- menyemai sikap berdikari, yakin diri dan penggunaan masa yang baik di samping persediaan untuk UPSR di kalangan murid
- Para Peserta dapat memanfaatkan masa terluang dengan perkara atau aktiviti berfaedah ke arah menyiapkan diri menghadapi sebarang kemungkinan hidup di era yang semakin mencabar.
No comments:
Post a Comment