CODING CODE

Wednesday, May 30, 2012

GARIS PANDUAN PEMILIKAN DAN PENGISYTIHARAN HARTA



TUJUAN
1. Garis panduan ini bertujuan untuk memberikan penjelasan dan panduan mengenai
pemilikan dan pengisytiharan harta oleh staf di bawah Peraturan 10, Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Definisi
2. “Harta’’ bermaksud :-

(a)   Harta tak alih
(i) Tanah, termasuk tanah yang diduduki di bawah lesen pendudukan sementara;
(ii) Segala jenis tempat kediaman seperti rumah, rumah pangsa, pangsapuri atau kondominium;
(iii) Bangunan, termasuk rumah kedai atau ruang kedai, ruang pejabat atau warung;

(b)  Harta alih:
(i) Apa-apa bentuk wang tunai di mana jua dideposit atau disimpan;
(ii) Syer, saham, debentur, bon atau sekuriti lain;
(iii) Apa-apa bentuk lesen atau permit perdagangan, perniagaan atau komersial;
(iv) Apa-apa harta alih yang lain, termasuk segala jenis kenderaan bermotor, barang kemas, keahlian kelab, perabot rumah dan alat sukan yang harga belian tiap-tiap satunya melebihi 6 bulan emolumen atau RM10,000.00 mengikut mana yang lebih rendah;

“Pemilikan harta’’ bermaksud harta yang dimiliki oleh pegawai atau isteri atau
suaminya atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihak isteri atau
suaminya atau anaknya;

“Pegawai’’ bermaksud pegawai perkhidmatan awam yang bertaraf tetap, sementara atau kontrak;

“Perisytiharan harta’’ bermaksud perisytiharan kali pertama, harta tambahan,
pelupusan harta dan termasuk pengakuan tiada perubahan ke atas pemilikan harta; dan

“Urus setia” bermaksud mana-mana bahagian, cawangan, seksyen atau unit yang
bertanggung jawab menguruskan perisytiharan harta di sesebuah organisasi.

Muat turun borang pengishtiran harta ---- klik di sini

No comments:

Post a Comment