 |
Susu mempunyai kalsium yang sangat tinggi untuk membantu memulihkan kekuatan tulang |
Program Susu 1Malaysia yang akan
dinikmati lebih tiga juta pelajar sekolah rendah di 7,685 sekolah
rendah kerajaan seluruh negara adalah sebahagian hasrat kerajaan untuk
membina generasi baru yang lebih cerdas. Pelaksanaan program di bawah
kelolaan Kementerian Pelajaran itu, bukan setakat memperkenalkan program
Susu 1Malaysia malah bermatlamat untuk mewujudkan generasi muda
Malaysia yang kuat, sihat dan secara mentalnya lebih dinamik pada masa
depan. Ia juga memberi kesan dan manfaat besar sekiranya setiap pelajar
sekolah rendah dapat dididik untuk membiasakan diri meminum susu setiap
hari.
Dengan menggunakan peruntukan sebanyak
RM4 juta, bekalan susu 1Malaysia diperoleh daripada penternak susu di
Sabah. Ini kerana Sabah menjadi pusat pengeluaran susu yang tinggi.
Justeru, pada masa yang sama kerajaan telah membantu pengusaha dan
penternak di Sabah memperoleh pendapatan lebih tinggi di samping dapat
menentukan bahawa anak-anak kita dapat protien dan kalsium yang
mencukupi.
 |
pengawas sekolah membuat pengagihan kepada semua pelajar sambil di pantau oleh PK Hem dan Guru kelas |
 |
pelajar dikehendak menghabiskan susu yang diberi di sekolah supaya tidak berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini |
No comments:
Post a Comment