CODING CODE

Tuesday, July 3, 2012

HRMIS

Pengenalan:

•    HRMIS merupakan satu sistem aplikasi yang mencakupi keseluruhan aspek pengurusan sumber manusia bermula dari pelantikan penjawat awam hingga mereka bersara.
•    HRMIS adalah satu pendekatan baru pengurusan sumber manusia yang komprehensif dan bersepadu bagi mengatasi pelbagai halangan pengurusan dalam sektor awam.
•    HRMIS telah dibangunkan dan kini sedang dilaksanakan oleh seluruh Perkhidmatan Awam Malaysia secara berperingkat. HRMIS akan menjadi sistem tunggal. 
Kepentingan :
Sebelum Kerajaan membuat keputusan untuk membangunkan HRMIS, banyak kajian telah dilakukan bagi mengenal pasti amalan terbaik dan penggunaan ICT sebagai enabler bagi menambah baik pengurusan sumber manusia sektor awam. Pelaksanaan HRMIS telah mengambil kira:
•    Penggunaan Teknologi Secara Optimum
•    Pemantauan Berterusan Terhadap Dasar Pengurusan Sumber Manusia
•    Perkongsian Maklumat Dalam Dan Antara Agensi
•    Prestasi Anggota Perkhidmatan Awam
Oleh sebab demikian,Pada hari rabu yang lepas,Semua sekolah di KBB telah menerima memo yang berbunyi:
 Unit HRMIS telah mohon dari sekolah tuan maklumat agihan perjawatan sekolah rendah harian melalui surat bertarikh 13 April
2012, namun sekolah tuan masih belum lagi menghantar maklumat tersebut untuk tindakan.Kerjasama tuan amat diperlukan agar semua perjawatan disekolah-sekolah Daerah Kulim Bandar Baharu disandang dalam HRMIS.

Sekian, terima kasih.

Atas kesedaran dan rasa tanggungjawab itu...diminta semua Penjawat Awam mengisi maklumat yg diminta...

langkah pertama
(pastikan anda pengguna internet explorer)
KLIK PADA ICON HRMIS YG TERPAPAR DI SEBELAH KIRI BLOG SEKOLAH

ISIKAN NO KAD PENGENALAN PADA ID DAN PSSWRD.(tukarkan bagi menjamin keselamatan maklumat)

LANGKAH KETIGA,PILIH PENGURUSAN REKOD PERIBADI

PILIH REKOD PERIBADI PADA KIRI PAPARAN

PILIH KEMASKINI REKOD PERIBADI

UPDATE MAKLUMAT YANG TERTERA DALAM BULATAN HITAM. (abaikan photo itu)

LANGKAH TERAKHIR....PASTIKAN KITA MENGISI SEMUA MAKLUMAT YANG DIKEHENDAKI...DAN TEKAN HANTAR...
*KLIK PADA IMAGE UNTUK PAPARAN YG LEBIH JELAS*

Ribuan ucapan terima kasih pada semua yg sudah mengisi...

No comments:

Post a Comment