CODING CODE

Sunday, July 8, 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA





Senamrobik  Serentak  1Murid  1Sukan  1Malaysia  Peringkat  Kebangsaan  yang  akan  dilaksanakan  pada  10  Julai  2012  (Selasa). 
LATAR BELAKANG 
  YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri  merangkap  Menteri  Pelajaran  Malaysia  telah  menyempurnakan  pelancaran  dasar  1Murid  1Sukan pada 02 Julai 2011.  Dasar 1Murid 1Sukan ini diwujudkan supaya kegiatan sukan di  sekolah disemarak dan diperkasakan.  Sehubungan itu, pelbagai program telah dan sedang  dilaksanakan  untuk  merealisasikan  dasar  tersebut  bermula  di  peringkat  sekolah  hingga  ke  peringkat kebangsaan.   
  Senamrobik  Serentak  1Murid  1Sukan  1Malaysia sebagai  kesinambungan  kepada  pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan.  Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah  dalam  Malaysia  Book  of  Records  (MBR)  sebagai Largest Simultaneous  Participation  of  School Students In An Aerobic Session.  Secara keseluruhan senamrobik akan disertai oleh  sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM.  Pihak Persatuan Ibu Bapa dan  Guru (PIBG) juga digalakkan untuk bersama-sama menjayakan aktiviti senamrobik ini.  
Dua rekod pencapaian berkaitan senamrobik sebelum ini yang telah tercatat di dalam  Malaysia Book of Records (MBR) iaitu: 
        Largest Children Aerobic Session yang berlangsung di Lumut Perak pada 27 Disember 2003 dan melibatkan penyertaan seramai 8,123 orang.    
       Largest  Participation  In  An  Aerobic Session anjuran  Kementerian  Belia  dan Sukan (KBS) pada 15 Jun 2003 yang melibatkan penyertaan seramai 157,574  orang. 
Matlamat  
Matlamat  mengadakan  aktiviti  senamrobik  ini  adalah  untuk  melahirkan  generasi  murid  yang  cergas  dan  sihat,  dan  membudayakan  senaman  sebagai  amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka.  Menerusi senamrobik, setiap murid akan  tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta  dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti  senamrobik  ini  juga  bertujuan  membina  keyakinan  diri  murid  supaya  yakin  melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan. 
Objektif 
Senamrobik  1Murid  1Sukan  1Malaysia  dijadikan  amalan  di  sekolah-sekolah  bagi  mencapai objektif berikut:  
  •  meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan;
  •  melibatkan penyertaan semua murid; 
  •  mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;  
  •  mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul; 
  •  meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;  
STRATEGI PELAKSANAAN 
Peringkat Sekolah, Daerah dan Negeri 
Pada  tarikh  dan  masa  yang  sama,  Senamrobik  Serentak  1Murid  1Sukan  1Malaysia  akan dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah dan negeri.  Semua sekolah seluruh negara  akan  melaksanakan  senamrobik  serentak  pada 10 Julai  2012 (Selasa),  jam  8.00  pagi  di  sekolah  masing-masing  pada  waktu  perhimpunan  rasmi  sekolah.   Pegawai-pegawai dari  Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) akan bersama-sama  menyempurnakan  pelancaran  senamrobik  ini  di  sekolah-sekolah  yang  berhampiran.  
Lagu dan Rentak Senamrobik  
Bagi tujuan mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR), tempoh masa  minima  yang  ditetapkan  adalah  30  minit.   Sehubungan  dengan  itu,  Bahagian  ini  telah menyediakan  cakera padat senamrobik bagi tempoh 35 minit bermula dengan tahap intensiti  rendah  kepada  tahap  intensiti  tinggi  untuk  digunakan  khusus  pada  Majlis  Pelancaran  Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai memenuhi syarat yang ditetapkan  oleh  pihak Malaysia  Book  of  Records (MBR).   Walaubagaimanapun,  bagi  melaksanakan  aktiviti  senamrobik  di  sekolah  selepas  pelancaran  ini,  pihak  sekolah  boleh  menggunakan  mana-mana cakera padat atau lagu dan rentak lain yang bersesuaian untuk melaksanakan  akitiviti senamrobik di sekolah.   
PENUTUP 
Senamrobik  Serentak  1Murid  1Sukan  1Malaysia  Sempena  Pelancaran  Bulan  Kecergasan  Peringkat  Kebangsaan  KPM  2012  diharapkan  dapat  mengembalikan  semula  keaktifan  aktiviti  senamrobik  di  sekolah.  Senamrobik  ini  juga  diharapkan  sebagai  satu  platform bagi warga pendidikan memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang  mudah dan menyeronokkan.    





No comments:

Post a Comment