CODING CODE

Tuesday, February 19, 2013

Merentas Desa Peringkat Sekolah

Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah  telah berlangsung dengan meriahnya..
 Program tersebut yang merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan sekolah melibatkan semua murid Tahun 3 hingga 6 yang berada dalam 4 buah rumah sukan iaitu biru, merah, kuning dan hijau.
 Acara pada hari tersebut dimulakan dengan aktiviti regangan melibatkan semua guru dan murid yang hadir. Kemudian , satu sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh Encik Noor Hisham Sahrom kepada para peserta untuk memastikan program berjalan dengan lancar.
Sebaik sahaja para guru yang bertugas di setiap checkpoint mengambil tempat, 
para peserta dilepaskan mengikut aliran, bermula dengan pelajar lelaki dan diikuti oleh pelajar perempuan. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Garisan Penamat

Peserta perempuan siap sedia untuk mula berlari

Pesera dilepaskan oleh Naib YDP.


Guru-guru memain peranan penting dalam memastikan keselamatan pelajar

checkpoint pertama - Cikgu Jun dan Cikgu ziera

Checkpoint kedua - Cikgu Azizah Othman dan Cikgu Anum

Cikgu Zamri menunggu di persimpangan jalan supaya pelajar ikut laluan yang ditetapkan

Checkpoint terakhir - Cikgu Hajah, Cikgu Syarifah dan Cikgu Fairuz.. Dibantu juga oleh Ustaz Nasrun

No comments:

Post a Comment