1.Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat
dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak
tersebut.2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa......
- Kita ingat 10% apa yang dibaca
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin.
5. Manfaatkan kemahiran mengingat:
- Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.
8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti
9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.
11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.
12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.
14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
Tips : Dr. Fadhilah Kamsah
No comments:
Post a Comment