CODING CODE

Wednesday, May 16, 2012

INSENTIF HARI GURU 2012



TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Sambutan Perayaan Hari Guru 2012 Peringkat Kebangsaan Ke-41 di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.
Berita baik untuk guru lepasan ijazah dan lepasan diploma sempena Hari Guru 2012.Sejumlah 8,222 guru lepasan ijazah dan 158,831 guru lepasan diploma berpeluang dinaikkan pangkat mulai 1 Jun ini.Disifatkan sebagai hadiah sempena Hari Guru,Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara itu pada Majlis Sambutan Hari Guru Ke-41 Peringkat Kebangsaan di Kuala Kangsar, Perak, pagi tadi. Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata,semua guru terbabit akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat apabila memenuhi syarat perkhidmatan mereka.
Kenaikan pangkat guru lepasan ijazah membabitkan dari Gred DG41 ke DG44 manakala guru lepasan diploma membabitkan mereka yang sedang berkhidmat dalam Gred DG34.

No comments:

Post a Comment