CODING CODE

Thursday, May 17, 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012


PENGENALAN:

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahunn 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF :
  • " Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • " Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • " Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • " Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • " Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • "Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
TEMA :"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"


PERUTUSAN HARI GURU 2012 
KPPM (DOWNLOAD) 
MENTERI  PELAJARAN  MALAYSIA  (DOWNLOAD) 

Pengerusi dan AJK Sambutan Hari Guru SKLB 2012 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semu pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Guru pada kali ini.

Bacaan Surah Yasin & Tahlil yang diketuai oleh Tn.Haji Abd Hadi dan bacaan doa oleh Ustaz Nasrun

Nyanyian lagu

Perutusan Hari Guru oleh En.Mohd.Ridzwan b Saad(KPPM) dan bacaan ikrar oleh En.Azizi b Abu Bakar


Perlawanan Bola Jaring guru

Pertandingan Bola Baling antara guru dan pemain sekolah

Persembahan pentas

penyampaian hadiah

Selamat Hari Guru...cikgu~~~

No comments:

Post a Comment