Pihak sekolah menjemput Bomba Serdang untuk menjalankan satu demo untuk pelajar seperti yang dirancang di dalam takwim sekolah. Alhmdulillah..semua aktiviti berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan cuaca yang panas terik.
Objektif utama mengadakan latihan kawad kebakaran adalah seperti berikut:
- Untuk memastikan sistem perlindungan dan pencegahan kebakaran yang terdapat di bangunan masing-masing berfungsi dengan baik.
- Untuk mendedahkan dan membiasakan penghuni bangunan terhadap tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.
- Untuk mengetahui julat masa yang diambil bagi kakitangan dan penghuni keluar dari bangunan dengan selamat apabila berlaku sesuatu kebakaran atau kecemasan.
- Untuk membiasakan guru dan pelajar menggunakan peralatan pencegahan dan alat pemadam kebakaran seperti loceng penggera, hos paip air dan alat pemadam api dengan betul.
- Untuk memantapkan kerjasama antara guru dan pelajar jika berlaku sesuatu kebakaran.
Aktiviti :
- Guru membunyikan loceng amaran kebakaran
- Murid keluar dari kelas masing-masing secara teratur tetapi pantas mengikut laluan yang telah ditetapkan.
- Murid berkumpul di luar bangunan sekolah, iaitu di padang sekolah.
- Guru kelas memeriksa senarai nama pelajar.
- Wakil bomba menerangkan tujuan latihan kabakaran kepada murid.
- Demo oleh pasukan bomba mengenai cara-cara pengunaan alat Pemadam Api dengan betul.
- Murid balik ke kelas masing-masing.
 |
Guru dan pasukan bomba memeriksa alatan |
 |
PK Hem iaitu Pn.Laila memberi taklimat ringkas |
 |
Aksi pelajar dan guru semasa memadamkan api |
 |
proses semasa demo |
No comments:
Post a Comment