CODING CODE

Thursday, May 10, 2012

MAJLIS PERPISAHAN PK KOKO SK LUBOK BUNTAR

Sekolah telah meraikan majlis perpisahan bagi PK Kokurikulum, Encik Shabudi bin Mat yang akan meneruskan perjuangan di sebuah sekolah di Daerah Kulim iaitu berdekatan dengan tempat tinggal beliau. 
Beliau yang berkhidmat selama 1 tahun 3 bulan telah memberi komitmen dgn sangat jelas walaupun setiap hari terpaksa berulang alik dari kulim, kira-kira mengambil masa sejam perjalanan.
Majlis Rasmi diadakan pada jam 10.15 pagi di Dewan Terbuka SKLB..
Majlis perpisahan bersama semua staff telah diadakan pada pukul 3.30  petang di Kg Pelek, Bukit Mertajam. Cikgu Shabudi yang diraikan juga berkesempatan memberi ucapan ringkas yang penuh makna.
 Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah cenderahati kepada Cikgu Shabudi.
Pihak kebajikan guru dan staff mengucapkan ribuan terima kasih di atas semangat setia kawan yg ditunjukkan oleh semua kakitangan SK Lubok Buntar.
Buat Cikgu budi....
Buah pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Walau jauh di negeri satu,
Hilang di mata, di hati jangan.
(",)




cendawan pembuka selera

beriani kambing bersama dalca




beriani arnab mungkin _rujuk pada simbol jari:)


cenderahati utk yang dirai





:)


meja bertuah :P


No comments:

Post a Comment