
Menghormati ibu bapa adalah suatu
kemestian bagi manusia terutamanya bagi umat Islam. Menghormati ibu bapa
yang telah berkorban nyawa dan harta demi mebesarkan kita. Dari umur 1
hari dalam kandungan sehingga kita besar, lebih besar lagi apabila ibu
yang sanggup menahan sakit yang paling sakit dalam dunia ini iaitu sakit
bersalin. Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa.
Setelah kita besar, dan berkahwin bukan
bermakna kita sudah lepas dari tanggungjawab sebagai seorang anak.
Malah, tanggungjawab kita semakin bertambah, bukan sekadar tanggungjawab
pada pasangan suami/isteri tetapi juga tanggungjawab kepada ibu bapa
mertua kita. Ibu bapa mertua adalah sama dengan ibu bapa kita. Jadi kita
tetap perlu menghormati mereka.
Menghormati ibu bapa adalah tidak kira
siapa mereka, walau apapun sejarah mereka dan taraf mereka. Mereka tetap
mulia. Dan kita sebagai anak perlu menghormati dan memuliakan mereka
walaupun mereka adalah pelacur sekali pun. Tidak menghormati mereka
bermakna kita adalah anak derhaka.
Seperti Hadith di bawah ada menyebut :
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.”(Hadits riwayat At-Tirmidzi)
Lihatlah betapa besar nya martabat ibu
bapa yang telah banyak jasanya membesarkan kita dari kecil hingga
dewasa. Pengorbanan yang tiada mampu kita terbalas walaupun dengan apa
pun yang kita lakukan apatah lagi dengan wang ringgit.
Bersamalah kita menghormati ibu bapa
kita, bersama kita mendoakan kesejahteraan mereka. Selagi ibu bapa kita
masih bernafas, hormati dan berbaktilah mereka. Jangan menyesal apabila
sudah terbujur kaku jasadnya. Kerana ketika itu tiada lagi yang dapat
kita lakukan kecuali berdoa.
Setiap yang pergi tidak akan kembali,
rebut kesempatan yang ada untuk kita berjasa kepada ibu bapa kita.
Jangan tunggu di saat akhir, kerana kita tidak tahu bila nyawa yang
dipinjamkan kepada kita dan mereka akan di tarik kembali.
Sekian.
No comments:
Post a Comment