Jemaah
Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari
Guru 2013 telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB
Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:
GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:
GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA
___________________________________________________________
HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua
Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem
pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua
Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan
PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion
keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan
murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.
SUMBER :KPM
No comments:
Post a Comment